Sunday 15 July 2012

AKAUN KONTRA

Akaun Kontra ialah akaun yang mempunyai baki berlawanan dengan akaun induknya dalam kategori yang sama. Akaun Kontra akan mengurangkan nilai bersih akaun induknya.

Contohnya:
1. Akaun Susut Nilai Terkumpul mengurangkan nilai aset bukan semasa.
2. Akaun Peruntukan Hutang Ragu mengurangkan nilai penghutang.
3. Akaun Ambilan mengurangkan jumlah modal.
4. Akaun Diskaun Diberi dan Akaun Pulangan Jualan mengurangkan jumlah jualan.
5. Akaun Diskaun Diterima dan Akaun Pulangan Belian mengurangkan jumlah belian.